Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

McIlroy sasar menang Masters tahun ini

Rory McIlroy
Rory McIlroy

LONDON 25 Feb. – Rory Mcllroy memberitahu bahawa sasaran utamanya untuk 2017 adalah memenangi Kejohanan Masters dan pada masa sama bakal kembali beraksi dalam Kejohanan Golf Dunia (WGC) di Mexico bulan depan selepas pulih daripada kecederaan.

Pemain No.3 dunia itu baru pulih daripada kecede­raan rusuk dan tidak bermain sejak tewas dalam play-off Terbuka Afrika Selatan Januari lalu.

“Saya masih ada kejohanan yang perlu dihadapi di Augusta dan akan menjadi pertan­dingan terbesar saya tahun ini.

“Itu adalah sasaran utama saya dan saya akan teruskan sehingga berjaya memenangi­nya,” katanya.

Pencapaian terbaik pemain dari Ireland Utara itu dalam Kejohanan Masters di Augusta ialah meraih tempat keempat pada 2015 dan akan kembali menyertainya April ini dengan keyakinan lebih tinggi.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk mengatakan itu (Kejohanan Masters) adalah kejohanan besar yang pernah saya menangi.

“Saya juga berasa amat bersedia untuk menyertainya dan saya tidak kisah untuk menghadapi segala cabaran yang akan muncul,” katanya.

Pemain berusia 27 tahun itu te­lah memenangi empat kejohanan besar sejak menjuarai Kejohanan US PGA pada 2014 namun belum lagi menyarung jaket hijau selaku juara Masters. – AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain