Pemain berusia 25 tahun itu mengakui keadaan hujan yang menyebabkan pusingan kedua terpaksa ditangguhkan selama empat jam bermula 10.30 pagi hari ini adalah lebih baik berbanding cuaca panas dan lembap.

Katanya, keadaan sejuk seperti hari ini adalah kali pertama dirasainya sepanjang beraksi dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai AS$7 juta (RM29.51 juta) secara keseluruhan.

“Cuaca hari ini adalah lebih baik berbanding semalam. Adalah sesuatu yang baik sekiranya setiap hari seperti ini (hujan dan mendung),” katanya ketika ditemui selepas tamat aksi pusingan kedua, hari ini.

Matsuyama menamatkan saingan dengan 68 pukulan, empat di bawah par bagi mengumpul 138 pukulan, enam di bawah par secara keseluruhan.-UTUSAN ONLINE