Ia merupakan anugerah bertaraf dunia keempat buat KPGCC sejak kali pertama diraih pada 2014 sekali gus mengekalkan rekod kelab terbaik untuk tiga tahun berturut-turut.

Bagi Anugerah Golf Asia, penantian selama empat tahun nyata memberi kesan positif kepada KPGCC apabila mereka berjaya menjadi kelab terbaik selepas menjadi naib juara sejak 2015.

Dalam majlis itu juga, Pengarah KPGCC, Tang Meng Loon turut menerima Anugerah Legion of Leader - penghargaan khusus untuk 10 terbaik di Asia.

“Ini merupakan tahun terbaik dengan kelab kami meraih anugerah kelab Terbaik Malaysia di Majlis Anugerah Golf Asia selain KPGCC turut diangkat sebagai lapangan golf terbaik di Malaysia di Anugerah Golf Dunia buat kali keempat dalam tempoh lima tahun dan ia merupakan kejayaan berganda buat kami dalam tempoh 20 tahun.

“Kami sangat gembira dengan kejayaan ini dan ia menjadi penutup cemerlang 2018 selain menjadi sesuatu yang sangat istimewa bersempena sambutan 20 tahun KPGCC,” kata Meng Loon.

Sementara itu, Horizon Hills Golf & Country Club (HHGCC) diangkat sebagai naib juara bagi kategori kelab Terbaik Malaysia manakala Ong Seng Kiat diangkat sebagai Pengurus Terbaik dan Evelyn Wong muncul Pengurus Sumber Manusia Terbaik selain kedi KPGCC, Emia Nawarita menduduki tempat ketiga bagi anugerah Kedi Terbaik.