Dalam aksi pusingan kedua, Korda yang ketika ini menghuni ranking 10 dunia dilihat tidak berdepan masalah sepanjang saingan 18 lubang hari ini yang menyaksikan dia mencatat empat di bawah par.

Enam birdie diraih oleh Korda pada hari ini membolehkan dia kekal dengan catatan positif biarpun melakukan dua bogey.

Keputusan diraih Korda itu turut membuka peluang buat dia untuk memburu gelaran dalam kejohanan berkenaan andai terus konsisten. - AGENSI