“Ini adalah mimpi jadi kenyataan.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi pemain terbaik dunia ketika ini.

“Sungguh luar biasa untuk menjadi pemain No.1 dunia dengan kejayaan seperti ini. Saya sentiasa ingin mencipta laluan sendiri untuk menjadi pemain No.1 dunia,” katanya.

Koepka menamatkan saingan hari terakhir dengan 64 pukulan, lapan di bawah par di dalam kejohanan Jelajah US PGA yang berlangsung di Korea Selatan itu.

Dia turut melakukan aksi menarik dengan pukulan chip untuk meraih birdie di lubang ke-16 untuk menamatkan saingan dengan catatan 21 di bawah par secara keseluruhan.-AFP