Aksi hari kedua di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini hari ini menyaksikan pemain berusia 29 tahun itu mencatat 69 pukulan, tiga di bawah par untuk mengumpul 138 pukulan, enam di bawah par secara keseluruhan.

Menurut Kiradech, dia mempunyai banyak peluang untuk melakukan birdie di TPC, malangnya pukulan iron dan putt yang tidak menjadi menyebabkan dia tidak dapat merekodkan keputusan lebih baik.

Katanya lagi, jarak pukulannya agak baik tetapi bola tidak berada di tempat yang diiginkan dan kadang kala tersasar selain pukulan putt yang tidak tepat di empat lubang.

“Bagaimanapun, ini bukan keputusan yang teruk tetapi saya percaya, saya boleh lakukan catatan lebih baik daripada hari ini dan semalam.

“Saya percaya di lapangan ini, saya boleh raih keputusan seperti lapan atau sembilan di bawah par, jadi saya perlu kekal fokus dan yakin untuk meneruskan aksi selepas ini.

“Paling penting sekarang ialah menguruskan tenaga semasa di dalam padang untuk menamatkan saingan hujung minggu ini,” kata Kiradech. - UTUSAN ONLINE