Catatan birdie di lubang terakhir membolehkan pemain berusia 40 tahun itu meraih kejuaraan di kejohanan bernilai AS$1.8 juta (RM7.64 juta) yang merupakan kejuaraan ke-20 dalam siri Jejalah LPGA.

Kerr merekodkan catatan par 71 pada hari terakhir untuk mengumpul 269 pukulan, 15 di bawah par secara keseluruhan untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$270,000 (RM1.14 juta).- UTUSAN ONLINE