Lexi, pemenang 10 Jelajah LPGA akui kelajuan adalah antara yang digemarinya dan kerana itu dia memilih hobi mengumpul kereta mewah berkuasa tinggi.

Gelaran yang banyak diraih dalam sukan golf membolehkan Lexi mudah merealisasikan segala keinginan hobi mahal tersebut.

Pada tahun lepas Lexi mendedahkan dia telah membeli Nissan GT-R yang mempunyai keupayaan enjin 600 kuasa kuda dan mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh masa kurang tiga saat.

Bukan itu sahaja, Lexi juga pernah memuat naik dalam akaun media sosialnya bersama kereta Corvette Z06 serta Lexus Toyota RC F.

Kata Lexi, minatnya terhadap hobi mahal berkenaan bermula ketika dia berusia 16 tahun.

“Camaro SS adalah kereta ko­leksi pertama saya.

“Saya membeli kereta berkenaan selepas memenangi Navista LPGA Klasik pada 2011 dan itu juga adalah hadiah buat diri sendiri yang cukup bermakna,” kata Lexi.

Lexi adalah antara pemain golf wanita yang cukup dikenali malah dia mula mencipta nama selepas muncul pemain termuda memenangi LPGA 2011.

Ketika ini Lexi telah memenangi 13 gelaran di peringkat profesional malah sering menjadi pencabar utama kepada pemain bintang golf dunia seperti Ariya Jutanugarn dan Sung Hyun Park.

Dalam dunia golf, Lexi amat popular kerana kecantikan yang dimiliki bagaikan pakej lengkap buat dia terus menjadi perhatian utama sewaktu menyertai apa jua kejohanan.

Populariti Lexi mula meningkat naik apabila gambarnya memakai bikini disiarkan dalam majalah Golf Digest dan itu juga antara faktor nama dia berada dalam radar beberapa jenama terkemuka dunia untuk menjadikan pemain golf tersebut sebagai model dan duta produk.

Lexi adalah seorang yang amat berahsia dan sehingga kini difahamkan pemain golf tersebut masih belum mempunyai teman lelaki selain tidak gemar berkongsi tentang kehidupan peribadinya kepada umum.