Bergelar pemain golf profesional dan memenangi banyak gelaran membolehkan setiap impian Johnson dari Amerika Syarikat menjadi kenyataan, malah bukan sahaja satu tetapi tujuh kereta mewah dimiliki pemenang 16 kali Jelajah PGA itu.

Antara kereta mewah Johnson, 34, yang mengisi garaj di rumahnya ketika ini adalah Infiniti QX80, Range Rover Sport dan Ferrari 488GTB. Kesemua kenderaan tersebut berjumlah AS$1.6 juta (RM6.6 juta)

Infiniti QX80 yang baharu dibeli Johnson baru-baru ini adalah kereta kesayangan pemain itu. Mana tidaknya kenderaan utiliti sukan (SUV) berkenaan memiliki ruang dalaman yang amat mewah dan selesa buat pemandunya.

Selain memiliki koleksi kereta mewah, Johnson turut memiliki dua buah kediaman mewah yang mempunyai nilai keseluruhan AS$4.1 juta (RM17 juta) dan paling mencuri tumpuan ialah rumahnya di Palm Beach Gardens, Florida.

Rumah berkenaan terletak di tepi tasik dengan keluasan 761.8 meter persegi, sekali gus menjadi antara mahligai paling mewah dimiliki dalam kalangan pemain golf.