Terdahulu, Watson mara ke pentas akhir selepas menewaskan pemain nombor satu dunia Justin Thomas di peringkat separuh akhir.

Pemain berusia 39 tahun dari Amerika Syarikat itu menyertai Tiger Woods, Rory McIlroy, Phil Mickelson dan Ernie Els sebagai pemenang beberapa kejuaraan major dan WGC, mahkota WGC yang lain miliknya hadir di China pada HSBC Champions 2014.

Watson, pilihan ke-35, menang lima lubang pertama pada final dan tidak lagi memandang ke belakang untuk meraih gelaran ke-11 US PGA dan kedua pada tahun ini selepas menang bulan lalu di Riviera.

“Saya bermula dengan baik dan berjaya melakukannya. Hanya ada empat atau lima pukulan sepanjang minggu ketika saya hilang fokus dan gagal memberi perhatian,” katanya. - AFP