Ketika ramai tertanya-tanya mengapa Woods tidak menjalani pembedahan itu lebih awal, semalam beliau menjelaskan sebelum ini teragak-agak, tetapi akhirnya terpaksa akur setelah tiada pilihan jika dia mahu hidup bebas daripada kesakitan yang ditanggung selama ini.

"Semua ini memang tidak dapat dijangka,” kata Woods kepada pemberita selepas kembali beraksi di lapang Palm Harbor, Florida bagi Kejohanan Valspar, semalam.

"Tiada siapa yang dapat kembali beraksi ke lapangan sebagaimana yang saya lakukan selepas kecederaan di saraf tulang belakang.

“Saya tidak mahu melaluinya, tetapi akhirnya saya tidak mempunyai pilihan.

“Segala usaha bagi mengelakkan pembedahan sudah buntu. Cakera tulang belakang saya masih boleh diselamatkan, tetapi tidak dapat dijangka untuk masa hadapan,” katanya.

Semalan permainan Woods lancar dengan kelajuan hayunan kayu golfnya mengatasi para pemain lain iaitu 207 kilometer sejam.

Woods mencatat 67 pukulan untuk lapan di bawah par dengan keseluruhan 205 pukulan sekali gus mengekori rapat pendahulu iaitu pemain dari Kanada Corey Conners.

Menang atau kalah hari ini ia tetap menjadi sejarah kerana merupakan penampilan ke-80 Jelajah PGA bagi Woods yang kini berusia 42 tahun. - REUTERS