Spieth adalah pemain muda kedua yang meraih pencapaian tersebut dalam usia 23 tahun dan enam bulan selepas pemenang 14 kali kejohanan besar Tiger Woods.

Pemenang dua kali kejohanan besar itu mencatat dua di bawah par 70 untuk menamatkan dengan keputusan keseluruhan 19 di bawah par manakala rakan senegaranya Kelly Kraft berada di kedudukan kedua selepas melakukan 67 pukulan pada aksi pusingan akhir.

Pemain No.1 dunia, Jason Day dari Australia hanya melakukan 67 pukulan untuk menamatkan aksi di tempat keempat dengan keputusan keseluruhan 12 di bawah par.

Kemenangan di California bermakna Spieth adalah pemain pertama dalam sejarah Jelajah PGA yang meraih kemenangan dengan tiga pukulan atau lebih, lima kali sebelum usia 24 tahun.

Pemain dari Texas itu mendahului selepas melakukan dua birdie bagi mengatasi bogey dilakukannya pada aksi pusingan terakhir.

“Saya mungkin mampu mengelak daripada melakukan beberapa kesilapan pada aksi hari ini dan cuba untuk kekal konsisten sepanjang perlawanan.

“Ini adalah salah satu impian saya dan bergembira apabila dapat mencapainya.

“Saya telah melakukan yang termampu untuk mendapatkan keputusan seperti hari ini,” kata Spieth.- AGENSI