Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Johnson muncul juara di Mexico City

BINTANG Amerika Syarikat, Dustin Johnson muncul juara di Kejohanan
BINTANG Amerika Syarikat, Dustin Johnson muncul juara di Kejohanan Golf Dunia Mexico selepas mengatasi dua pencabar terdekatnya dengan kelebihan satu pukulan.

MEXICO CITY 6 Mac - Pemain golf No.1 dunia, Dustin Johnson berjaya mengatasi pemain muda Sepanyol, John Rahm dan Tommy Fleetwood dari England untuk merangkul kejuaraan Golf Dunia Mexico dengan kelebihan satu pukulan.

Juara Terbuka Amerika Syarikat itu menjadi pemain kelima berjaya merangkul kejuaraan pertama dalam kejohanan yang disertainya selepas menjadi pemain utama dunia sekali gus menyamai pencapaian Ian Woosnam, Adam Scott, Vijay Singh dan David Duval.

“Kemenangan ini sangat bermakna. Ini merupakan kedudukan yang sangat sukar, tekanan sangat tinggi.

“Saya sekadar keluar beraksi tetapi aksi saya sangat baik sepanjang minggu ini,” katanya.

Selepas merekodkan 66 pukulan selama dua hari berturut-turut, Johnson melakukan 68 pukulan, tiga di bawah par pada pusingan terakhir mengatasi dua bogey yang dilakukan dengan satu birdie di lubang ke-15 bagi menamatkan aksi dengan 270 pukulan, 14 di bawah par secara keseluruhan.-AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain