Ketabahan bekas pemain nombor satu dunia itu akhirnya berbaloi apabila mencipta birdie di lubang 14 dan 15 setelah hanya mencatat par di 13 lubang sebelumnya.

Beliau kerugian satu pukulan apabila turut mencatat bogey, tetapi mengembalikan kehebatan dengan birdie serta mencatat 10 di bawah 203.

Day memburu gelaran pertama sejak 18 bulan selepas memenangi Kejohanan Players 2016 di Florida dan mara ke pusingan akhir esok dengan kelebihan satu pukul mengatasi rakan senegara Lucas Herbert.

Pemain Sweden, Jonas Blixt berjaya menempatkan diri di carta dengan berkongsi tempat ketiga dengan tujuh di bawah par bersama-sama dengan penyandang juara 2015, Matt Jones.

"Jason pemain bertaraf dunia, bekas pemain nombor satu dunia,” kata Jones.

“Jadi dia adalah pemain pilihan untuk menjuarai kejohanan ini, tetapi kejutan mungkin berlaku jika saya mampu menghasilkan birdie,” kata Jones. - AFP