Pemain berusia 35 tahun dari Turin itu muncul sebagai antara pemain golf terkemuka dunia selepas mengumpul 276 pukulan keseluruhan.

Molinari, yang bersaing dengan bekas pemain No.1 dunia Tiger Woods dalam pusingan terakhir, melakukan birdie di lubang 18 untuk me­raih kemenangan.

Sebelum itu, Woods dilihat sudah bersedia untuk menamatkan kemarau tanpa kemenangan apabila mendahului pada pertengahan persaingan hari terakhir namun impian pemain Amerika itu tidak kesampaian selepas melakukan bogey di lubang 11 dan double bogey di lubang 12.

Pemenang 14 kali kejuaraan utama itu menamatkan persa­ingan dengan 279 pukulan keseluruhan untuk berada di kedudukan keenam. – REUTERS