Pemain berusia 23 tahun itu mencipta kemenangan kedua dalam siri Jelajah Pembangunan Asia (ADT) dengan catatan tujuh bawah par 65 sewaktu pusingan akhir sekali gus membolehkan dia mengumpul jumlah keseluruhan 22 bawah par 266.

Rakan senegara Higa, Naoki Sekito dan pendahulu semalam, Shintaro Kobayashi sekadar berkongsi tempat kedua dengan jumlah keseluruhan 272 pukulan manakala wakil negara, Ben Leong berkongsi tempat keempat dengan 275 pukulan.

Kejayaan Higa itu menyaksikan beliau membawa pulang hadiah wang tunai US$9,627 (RM39,354) manakala Sekito dan Kobayashi, masing-masing menerima hadiah wang tunai US$5,088 (RM20,799) sementara Ben Leong pula menerima US$2,134 (RM8,723). - BERNAMA