Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hatton pertahan kedudukan di sebalik asakan Johnson

ABU DHABI 22 Jan. – Tyrrell Hatton mempertahankan kedudukannya selaku pendahulu Kejohanan Golf Abu Dhabi meskipun pemain No.3 dunia dan juara Terbuka Amerika Syarikat, Dustin Johnson bermain cemerlang dalam pusingan ketiga semalam.

TYRELL HATTON membuat pukulan di lubang ke-16 pusingan ketiga Kejohanan Golf Abu Dhabi semalam. REUTERS

Johnson menampilkan permainan hebat apabila melakukan 64 pukulan, lapan di bawah par yang merupakan catatan terbaik dalam pusingan ketiga, untuk berkongsi tempat kedua dengan 204 pukulan, 12 bawah par kese­luruhan.

Bagaimanapun, satu eagle dan enam birdie yang dilakukannya tidak cukup untuk menyingkirkan Hatton dari kedudukan pendahulu, meskipun pemain England itu bermula dengan teruk apabila me­nyamai par untuk 10 lubang pertama pusingan ketiga dengan satu birdie ddan satu bogey.

Kemudian empat birdie dari lubang ke-11 dan seterusnya membolehkan Hatton menamatkan permainan semalam dengan 68 pukulan. Menyudahkan permainan dengan birdie di lubang ke-18 membantu dia berada satu pukulan di hadapan Johnson dan empat lagi pemain yang mengumpul 204 pukulan keseluruhan.

Kumpulan yang terikat di tempat kedua itu termasuklah juara 2014 Pablo Larrazabal (69), Kiradech Aphibarnrat dari Thailand (70), Tommy Fleetwood dari England (70) dan juara tiga kali dan pendahulu sebelumnya Martin Kaymer (72) dari Jerman.

“Permulaan yang agak lemah hari ini. Saya mengalami sedikit kesukaran di green. Saya gagal memukul mengikut garisan yang saya mahukan. Tetapi saya dapat membuat beberapa putt yang bagus di sembilan lubang terakhir, dan saya harap itu akan memberikan saya sedikit momentum untuk perma­inan esok,” katanya. – AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain