Kejohanan bernilai AS$3 juta (RM12.39 juta) itu akan turut disertai Ben Leong dan Nicholas Fung berdasarkan pencapaian mereka dalam siri Jelajah Asia.

Turut beraksi pada edisi kali ini ialah Pemain Terbaik Persatuan Golf Profesional Malaysia (PGM), Shahriffuddin Ariffin; Danny Chia, Amir Nazrin, Sukree Othman, Kim Leun Kwang, Arie Irawan, R. Nachimuthu, Wilson Choo, Kenneth De Silva dan Kemarol Baharin.

Pengarah Maybank, Datuk R. Karunakaran berkata, Maybank Championship me­rupakan pertandingan yang akan menampilkan kelompok 60 pemain terbaik dalam siri Jelajah Eropah dan Asia, selain, 15 pemain dalam kelompok 150 terbaik dunia.

“Kami tidak pernah me­nga­baikan komitmen kami terhadap pembangunan pemain tempatan, atas dasar itu kami menyediakan tempat untuk 10 pemain terbaik Malaysia agar mereka berpeluang menerima pendedahan beraksi pada kejohanan bertaraf dunia.

Maybank Championship merupakan peluang terbaik Green untuk memberikan impak bukan sahaja dalam saingan Jelajah Eropah tetapi juga di peringkat domestik. Aksi cemerlang juga dijangka hadir daripada pemain lain termasuk Leong selain Fung yang menjadi pemain Malaysia paling konsisten dalam saingan benua Asia.

“Sejak mula dianjurkan tiga tahun lalu, kejohanan ini sentiasa memberikan kejutan dengan memberikan juara-juara baharu setiap tahun dan kami juga tidak pasti sama ada perkara sama akan berlaku tahun ini,” ujarnya.