Aksi hari kedua hari ini menyaksikan pemain berusia 24 tahun itu melakukan empat birdie dan tiga bogey untuk catatan 71 pukulan, satu di bawah par bagi mengumpul 144 pukulan secara keseluruhan.

Keputusan itu menyaksikan di kini berkongsi kedudukan ke-55 bersama lima pemain lain mengatasi Danny Chia dan Nicholas Fung di kedudukan ke-61 selepas kedua-dua pemain itu mengumpul 145 pukulan, satu di atas par secara keseluruhan.

“Saya gagal melakukan putt dengan baik di beberapa lubang dan pada masa sama, saya hilang sabar semasa beraksi hari ini, sudah pasti perkara itu tidak baik untuk saya.

“Saya dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan permainan saya tetapi saya tidak pasti apakah perkara itu dan saya perlu bermain dengan lebih yakin untuk hujung minggu ini.

“Keadaan green hari ini juga agak berbeza selepas hujan dan hal itu memberi kesan kepada permainan kami semua,” katanya ketika ditemui selepas tamat aksi pusingan kedua, hari ini. - UTUSAN ONLINE