Tarikh kejohanan yang merupakan siri Jelajah Asia yang ke-7 itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menurut Timbalan Presiden IMG Golf Asia Pasifik, Grant Slack, pertukaran tarikh dilakukan sebagai tanda menghormati dan meraikan Hari Keputeraan Sultan Johor.

"Pertukaran tarikh ini diharap dapat mengekalkan prestij kejohanan yang telah dianjurkan sejak 2007 serta mendapat penglibatan pemain golf ternama dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE