Setakat ini 20 pemain telah mengesahkan penyertaan kejohanan tiga hari yang berlangsung pada 21 hingga 23 September.

Wakil Persatuan Golf Malaysia, Datuk Jaafar Abdullah dalam sidang akhbar hari ini berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan yang telah dibuat oleh pihak kelab.

Sementara itu Pengurus Kelab, Mohammed Ishak berkata, lapangan terbabit disediakan supaya ia tidak terlalu sukar memandangkan para pemain adalah amatur.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan lapangan diselenggara dengan baik dan bakal menjadi lapangan golf terbaik di Pahang. - UTUSAN ONLINE