Kejohanan tersebut yang dijayakan secara bersama oleh rakan-rakan media disertai seramai 40 pemain terdiri daripada wakil-wakil dari Utusan Malaysia, Kosmo!, Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times Press (NSTP), RTM, Astro, wakil Media Prima Berhad (MPB) dan banyak lagi.

Lebih menarik, kejohanan Golf Rakan Media 2018 turut mendapat tajaan daripada Sharp, Kelab Golf Palm Garden, Caerus dan Iris Integrated.

Tujuan utama pertandingan ini dianjurkan adalah bagi mengeratkan hubungan sesama warga media cetak dan elektronik, selain dengan pihak penaja sendiri.

Kiraan mata bagi kejohanan tersebut menggunakan format Stableford System 36 dan pihak penganjur membahagikan kepada tiga kategori iaitu A, B dan C bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai pemain mendapat hadiah.

Amin Azman dari MPB muncul juara bagi kategori A, Mahathir Mohamad dari MPB johan kategori B dan Sarip Omar dari Utusan Malaysia tempat pertama kategori C.

Hadiah cabutan bertuah turut disediakan kepada pemain-pemain yang gagal memenangi sebarang hadiah dan Fatah Ismail merupakan pemain paling bertuah kerana memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu televisyen Sharp 40 inci.

SEBAHAGIAN peserta media bergambar sebelum memulakan kejohanan Golf Rakan Media 2018 di Kelab Golf Palm Garden, Putrajaya, baru-baru ini.