Park melakukan pukulan tiga di bawah par 68 dalam aksi terakhir kejohanan di Wilshire Country Club dan menamatkan aksi di tempat kedua, tewas dua pukulan di belakang pemenang Moriya Jutanugarn dari Thailand.

Juara tujuh kali kejohanan utama itu naik dari kedudukan ketiga memintas pemain China, Shansha Feng sebagai No.1 dunia.

Feng hanya mampu mempertahankan gelaran No.1 dunia selama 23 minggu sahaja.

“Sesuatu yang menyeronokkan apabila anda kembali menjadi No.1.

“Ini bukan sasaran utama saya pada tahun ini kerana fokus saya adalah untuk memastikan prestasi saya sentiasa konsisten,” kata Park. - REUTERS