Ariya yang tidak menyangka pukulan putt sejauh 30 kaki masuk ke dalam lubang terus menangis setelah terpaksa berdepan dengan pemain golf Amerika Syarikat, Lexi Thompson dan pemain Korea Selatan, Chun In-gee pusingan penentuan di lapangan Whistle Bear, Cambridge, Ontario.

Sementara Thompson terpaksa menelan kekalahan yang berpunca daripada kesilapannya sendiri kerana mencatat bogey di dua lubang terakhir gara-gara pukulan putt tiga kali memadam kelebihan dua pukulan.

“Saya tidak percaya menang kejohanan ini kerana saya tidak yakin dengan permainan saya sepanjang pertandingan,” kata Ariya kepada Golf Channel.

Ariya mencatat 69 dengan tiga pukulan di bawah par, manakala Thompson 72 pukulan dan Chun 70.

Ariya hampir pasti mengatasi Lydia Ko sebagai pemain nombor satu dunia.

Pemain berusia 21 tahun dari Bangkok itu telah merangkul enam kejuaraan LPGA bermula musim lepas. - REUTERS