Pada saingan di lapangan paling sukar dalam sukan golf Erin Hills, Wisconsin, Casey dan rakan senegara, Tommy Fleetwood berkongsi catatan tujuh di bawah par bersama-sama pemain AS, Brooks Koepka dan Brian Harman.

Lapan pemain berada rapat dengan kumpulan pendahulu iaitu hanya ketinggalan dua pukulan ialah Jamie Lovemark, Rickie Fowler dan J B Holmes masing-masing berkongsi tempat keenam, manakala Kim Si-Woo (Korea Selatan) dan Hideki Matsuyama (Jepun) antara yang mencatat lima di bawah par termasuk pemain amatur, Cameron Champ.

Matsuyama yang terpaksa bergelut pada aksi pusingan pertama apabila mencatat dua di atas par 74, mempamerkan prestasi cemerlang dengan melakar tujuh di bawah par 65 untuk aksi pusingan kedua sekali gus, meletakkan dirinya sebagai pencabar kejuaraan.

Dengan enam gelaran major sebelum ini menjadi milik pemain yang tidak pernah menjuarai kejohanan utama itu, ia memberi peluang rentak itu diteruskan minggu ini.

Tiada seorang pun pemain dalam kelompok 18 teratas berjaya memenangi kejuaraan major sebelum ini selepas bintang seperti pemain nombor dua dunia, Rory McIlroy dan Jason Day gagal melepasi had kelayakan.

Casey menempatkan dirinya dalam kelompok pendahulu selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Dia yang berjaya membenam enam di bawah par 65, Khamis lalu mengalami nasib malang apabila melakukan triple bogey selepas tee off di lubang ke-10.

Bagaimanapun, pemain berusia 39 tahun dan pemain nombor 14 dunia itu bangkit dengan lima birdie bagi membolehkan dia melonjak ke kelompok teratas dengan satu di bawah par 71.

“Bukan setiap hari anda boleh menikmati situasi ini tetapi saya adalah lelaki yang paling gembira. Sebelum itu ia turun naik,” kata Casey selepas tamat pusingan kedua. - AFP