Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Gelaran juara buat Fraser tertekan

Marcus FRASER muncul juara Kejohanan Maybank Malaysia tahun lalu
MARCUS FRASER muncul juara Kejohanan Maybank Malaysia tahun lalu selepas mengumpul 269 pukulan.

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Juara tahun lalu Marcus Fraser mengakui tekanan untuk mempertahankan kemenangannya dalam Kejohanan Maybank Malaysia adalah lebih tinggi tambahan pula apabila terpaksa bermain di lapangan berbeza untuk edisi 2017.

Tahun lalu, Fraser muncul juara edisi pertama Kejohanan Maybank Malaysia dengan kelebihan dua pu­kulan selepas mengharungi pusingan terakhir yang penuh dramatik di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC).

Kejohanan kali ini akan berlangsung di Saujana Golf and Country Club berlangsung esok hingga Ahad ini.

“Pada tahun lepas saya amat bernasib baik dan untuk tahun ini anda tidak tahu apa yang bakal berlaku, dan saya berpendapat tekanan sentiasa ada malah saya menjangkakan persaingan akan berlangsung lebih kompetitif.

“Anda perlu melakukan segala­nya dengan betul untuk meraih peluang memenanginya dan saya memandang ke hadapan untuk menyahut cabaran,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Fraser, yang turut muncul sebagai pemain profesional pertama dari Australia memenangi kejohanan Jelajah Eropah di Malaysia, mengumpul 269 pukulan secara ke­seluruhan dalam edisi tahun lalu, 15 di bawah par selepas menamatkan pusi­ngan keempat dengan catatan 68 pukulan, tiga pukulan di bawah par.

Sementara itu, salah seorang wa­kil Malaysia dalam kejohanan kali ini Gavin Green berkata, dia hanya meletakkan sasaran untuk bermain de­ngan baik tahun ini dan menganggap cabaran kali lebih hebat.

“Saya hanya mahu bermain dengan permainan saya sendiri sahaja dalam kejohanan ini. Saya percaya jika anda bermain dengan baik dan fokus kepada semua pukulan maka keputusan bakal memihak anda.

“Ya memang saya berkeyakinan untuk menghadapi kejohanan ini namun dalam masa sama anda tidak boleh terlalu yakin,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain