Selepas 12 bulan mengharungi pertarungan sengit dengan jaguh-jaguh golf Asia dan dunia, Gavin akhirnya bukan sahaja melakar sejarah peribadi, tetapi juga sejarah untuk negara.

Sebelum Gavin, tidak ada mana-mana pemain negara yang berada dalam kedudukan ini dan diangkat sebagai pemain terbaik Asia.

Kemenangan terbaharu menjadikan Gavin sebagai pemain kedua termuda memenangi gelaran itu pada usia 23 tahun.

Pemain termuda yang mengungguli Order of Merit Jalajah Asia ialah Seungyul Noh, dari Korea Selatan yang berusia 19 tahun pada 2010.

Gavin disahkan sebagai pemenang Order of Merit Jelajah Asia apabila menamatkan cabaran di tangga ke-19 pada kejohanan Joburg Open yang menyaksikan beliau mengumpulkan wang kemenangan keseluruhan bernilai AS$585,813.46 pada musim ini. - UTUSAN ONLINE