Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Garcia takluk Masters AS

Sergio Garcia 5
Sergio Garcia

AUGUSTA, Georgia 9 April - Sergio Garcia menamatkan penantian dua dekad apabila me­numpaskan Justin Rose dalam playoff untuk muncul juara Masters Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Selepas empat kali muncul naib juara dalam kejuaraan utama, bertahun-tahun meragui keupayaan sendiri dan 73 kali mencuba, bintang golf Sepa­nyol itu ­akhirnya menamatkan pe­nantian.

Garcia, 37, dan pemenang juara O­limpik dari England, Rose berkongsi sembilan bawah par 279 selepas 72 lubang, sekali gus memaksa kejuaraan ditentukan menerusi playoff.

Dalam aksi playoff, pukulan Rose tersasar memasuki kawasan pokok berhampiran fairway manakala Garcia tidak melakukan kesilapan dan memastikan bola kekal di fairway.

“Saya ada terfikir, apakah saya boleh menang kali ini?

“Saya pernah ber­ada dalam situasi begini, memiliki peluang tetapi ak­hirnya kalah. Jadi, saya masih meragui diri sendiri biarpun ketika memasuki playoff.

“Bagaimanapun, saya cuba bersikap positif. Walau apa pun yang berlaku hari ini, hidup perlu diteruskan,” kata Garcia. –AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain