Pemain berusia 28 tahun dari Amerika Syarikat itu hanya menamatkan aksi di tempat kelima terbaik pada empat kejohanan utama 2014 tanpa sebarang kemenangan dan meraih gelaran US PGA keempatnya lima minggu lalu pada Honda Classic.

“Meraih kemenangan awal pada musim ini membuatkan anda lebih berkeyakinan untuk terus mengekalkan prestasi di tahap tertinggi.

“Saya fikir ini akan menjadi satu tanda yang baik sebelum berdepan minggu yang mencabar,” kata Fowler. - AFP