Biarpun catatan terendah di Terbuka AS kekal dengan 63 pukulan, catatan Fowler itu menyaksikan dia menyamai pencapaian skor par terendah dilakukan Jack Nicklaus dan Tom Weiskopf pada 1980.

Fowler yang ketika ini berada di ranking kesembilan dunia menamatkan aksi hari ini di Erin Hills Golf Course dengan melakukan tujuh birdie dan 11 par.

Erin Hills Golf Course menawarkan 72 lubang di atas lapangan seluas 7,173 meter sekali gus akan menjadi lapangan paling mencabar dalam saingan Terbuka AS kali ini.

Hujan lebat pada hari pertama kejohanan juga menambahkan cabaran kepada pemain berikutan telah melembutkan lapangan dan menjadikan pergerakan bola di kawasan pertandingan lebih licin.

Dalam aksi tersebut Fowler tidak membuang masa untuk mengeksploitasi keadaan di lapangan selepas membuka pukulan di lubang ke-10, dengan terus membenam empat birdie berturut-turut.

Tiga lagi birdie pada sembilan lubang terakhir memastikannya mengutip keseluruhan tujuh birdie.

“Ia kelihatan sempurna, tetapi saingan baru berada di hari pertama.

“Ia memang istimewa untuk menjadi sebahagian daripada sejarah golf malah saya lebih gemar untuk diingati kerana kejayaan (muncul juara) pada Ahad ini,” kata Fowler. - AFP