Pada kejohanan tersebut Fowler dicabar hebat oleh rakan senegara, Morgan Hoffmann yang menamatkan aksi di tempat kedua selepas mencatat 272 pukulan keseluruhan lapan di bawah par di Palm Beach Gardens.

Malah lima birdie dilakukan Fowler pada pusingan akhir turut menjadi penyelamatnya selepas membenam satu double bogey pada lubang enam.

“Putter saya telah menjadi penyelamat.

“Saya melakukan beberapa putts dengan bagus untuk membolehkan saya mendapat birdie,” kata Fowler.

Pada pusingan keempat tersebut Fowler menamatkan permainan 18 lubang dengan 71 pukulan dan catatan tersebut tidak begitu baik berbanding aksi tiga pusingan terdahulu. - REUTERS