Kejayaan tersebut merupakan gelaran Jelajah PGA Amerika Syarikat kelima buat pemain berusia 31 tahun dari Amerika Syarikat itu.

Fowler hilang kelebihan lima pukulan dalam saingan turun naik pada sembilan lubang terakhir dan menang dengan catatan tertinggi TPC Scottsdale.

Dia berjaya mengekalkan kelebihan selaku pendahulu dua kali sebelum ini, terma­suk tahun lalu, apabila menamatkan saingan terikat di kedudukan ke-11.

“Saya perlu bermain lebih baik. Ia bukan mudah. Saya gembira berjaya keluar daripada semua ini. Sudah lama tidak menang di sini,” kata­nya.

Catatan 17 bawah par menerusi 267 pukulan sudah cukup untuk dia memenangi kejohanan itu dengan kelebihan dua pukulan berbanding pemain Afrika Selatan, Grace yang mendahului pada awal permainan, tetapi, melakukan bogey pada lubang ke-17. – AFP