Dengar cerita ini, siapa sahaja pemain golf tegar pasti sekali teringin ke sana. Merasai bermain di padang golf baharu memang menyeronokkan ditambah lagi jika padang golf tersebut memang ‘cun’ dari segi harga, layanan dan penginapan serta fasiliti lain.

Utusan Malaysia berkesempatan berkunjung dan bermain golf di sana. Merasai pengalaman bermain di kelab golf baharu amat menakjubkan. Memang benar kata orang, Forest City Golf Resort hasil rekaan unik pemain legenda golf dunia, Jack Nicklaus dan anaknya, Jack Nicklaus II memang terbaik!

Justeru, tidak mustahil sebuah resort dan padang golf bernilai RM1.8 bilion di Forest City ini, yang sudah dibuka kepada orang ramai pada 1 September 2018 lalu, bakal menjadi lokasi kejohanan-kejohanan golf berprestij, selain menarik minat para pemain golf dari seluruh dunia untuk beraksi di sini.

Ini juga secara tidak langsung, mampu menarik pelaburan besar selain mempromosikan pelancongan negeri Johor sebagai destinasi golf utama serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Forest City Golf Resort yang lapangannya berstandard antarabangsa, agak panjang dengan jumlah 7,386 ela atau 6,754 meter par 72, tampil dengan cabarannya yang tersendiri disulami corak beralun pastinya menguji kepakaran pemain untuk menghasilkan pukulan menarik dan keputusan skor yang membanggakan.

Sambil bermain golf, pemain juga dapat melihat lapangan yang menghijau di samping sungai dan anak sungai yang tenang diuliti pula dengan keindahan landskap rizab bakau semula jadi, yang mana kesemuanya ini mampu memberi ketenangan kepada pemain tatkala pukulan terpesong dari sasaran.

Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. (CGPV), pemaju utama Forest City Golf Resort menyasarkan tiga lapangan 18 lubang golf bertaraf antarabangsa dalam kawasan seluas 809.3 hektar di samping pembinaan hotel bertaraf lima bintang, unik kediaman pangsapuri dan vila untuk menarik para pemain golf bukan sahaja dari dalam negeri tetapi juga luar negara.

Dibina dengan kos sebanyak RM1.8 bilion Forest City Golf Resort dijangka mampu menjadikan Johor sebagai destinasi utama sukan golf di negara ini.

Untuk tujuan itu, CGPV kini dalam proses kerjasama dengan kerajaan negeri johor melalui Tourism negeri untuk menggalakkan sukan golf dan pelancongan pada masa akan datang, selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Lokasi

Terletak di Gelang Patah.

Jarak perjalanan hanya 25 kilometer dari Pusat Nusajaya, Eco Botanic di Galeri EcoWorld dan Legoland Malaysia

Fasiliti

Bersama dengan padang golf, resort bebas rokok ini mempunyai restoran dan kolam renang luaran. Sarapan kontinental percuma, WiFi percuma di kawasan awam dan tempat letak kereta percuma juga disediakan. Kemudahan lain termasuk pusat kecergasan, sauna dan ruang persidangan.

Kemudahan bilik

Semua 301 bilik menyediakan akses internet wayarles percuma, pembuat kopi/teh, televisyen LCD dan air botol percuma.

Bayaran

Deposit sebanyak RM250.00 setiap seorang untuk satu malam penginapan.

Harga bilik/golf

Hari Biasa (Isnin – Khamis)

> RM518 seorang (Satu malam + sarapan pagi untuk 2 orang + 1 pusingan golf (18 lubang) + baucar makan)

> RM708 dua orang (Satu malam + sarapan pagi untuk 2 orang + 1 pusingan golf (18 lubang) + baucar makan)

Hari Minggu
(Jumaat – Ahad)

> RM730 seorang (Satu malam + sarapan pagi untuk 2 orang + 1 pusingan golf (18 lubang) + baucar makan)

> RM1,132 dua orang (Satu malam + sarapan pagi untuk 2 orang + 1 pusingan golf (18 lubang) + baucar makan)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi +607-5352288 atau emel rsvgh_countrygarden.com.cn

Forest City Golf Hotel

Jalan Persiaran Golf 5

Forest City Golf Resort

81550 Gelang Patah

Johor