Watney yang juga juara edisi 2012 melakukan chipping dari dalam bunker berhampiran green sebelum bolanya terkena pin dan masuk ke dalam lubang dan aksi itu disambut dengan sorakan daripada penonton yang menyaksikannnya.


“Sebenarnya saya cuba untuk merapatkan bola dengan lubang tetapi apabila bola itu terkena pin dan masuk ke dalam, jelas sekali ia adalah sesuatu yang menarik untuk hari pertama.


“Ia adalah pukulan dari bunker, pin kelihat seperti tidak selari dengan lubang, saya cuba untuk meletakkan bola di di kawasan berhampiran dan saya bernasib baik apabila bola terkena pin dan masuk,” katanya ketika ditemui pemberita.


Pemain berusia 37 tahun yang berasal dari California itu menamatkan saingan dengan catatan 66 pukulan, enam di bawah par selepas melakukan satu eagle, tujuh birdie dan tiga bogey.- UTUSAN ONLINE