Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Durriyah cipta sejarah, juara Kejohanan Golf All-India

Menteri Sukan dan Hal Ehwal Belia India, Shri Vijay Goel (dua
Menteri Sukan dan Hal Ehwal Belia India, Shri Vijay Goel (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Nur Durriyah Damian yang memenangi Kejohanan Golf Amatur Wanita Seluruh India ke-100 di Kelab Golf Delhi, New Delhi semalam. BERNAMA

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Pemain golf negara Nur Durriyah Damian menamatkan persaingan musim ini dengan penuh bergaya selepas muncul juara Kejohanan Golf Amatur Wanita Seluruh India di New Delhi semalam.

Pemain berusia 21 tahun itu menundukkan pemain No.1 India, D. Diksha 7 dan 6 dalam aksi match play 36 lubang di Kelab Golf Delhi sekali gus muncul juara kejohanan yang masuk edisi ke-100 itu.

Nur Durriyah menguasai permainan dengan kelebihan empat pukulan mengatasi Diksha selepas aksi 18 lubang dan kemudiannya berkelebihan lima pukulan selepas lubang ke-28.

Dia kemudian melebarkan jurang dengan kelebihan tujuh pukulan untuk memastikan kejayaannya ketika berbaki enam lubang untuk ditamatkan.

Kejayaan itu menyaksikan dia menjadi pemain pertama bukan dari India muncul juara selepas S. Tushani dari Sri Lanka melakukannya pada 2000.

“Saya tidak menggambarkan kejayaan ini. Menjadi juara di India untuk kali pertama dan kejuaraan keenam tahun ini, sungguh luar biasa.

“Ini merupakan penghormatan untuk menjadi juara dalam kejohanan yang masuk edisi ke-100 dan sudah pasti saya akan mengingatinya untuk tempoh yang lama,” katanya yang berhasrat untuk menjadi pemain profesional selepas Sukan SEA 2017.

Antara kejuaraan lain yang diraih Nur Durriyah tahun ini termasuk Kejohanan Amatur Taiwan, Sukan Malaysia Sarawak, Kejohanan Amatur Terbuka Kelantan, Kejohanan Amatur Wanita Terbuka Malaysia dan Kejohanan Amatur Wanita Terbuka Thailand.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain