DeChambeau, 24, melakar kejayaan kedua Jelajah PGA tahu ini dan ketiga bagi karier sebagai pemain golf profesional selepas mencetak skor dua di bawah par 69 dengan keseluruhan 18 di bawah par 266 pada acara yang berlangsung di Ridgewood County Club course.

Pemain Amerika Syarikat itu melayakkan diri ke pusingan akhir acara pembukaan Siri FedEx Cup Play-Off dengan kelebihan empat pukulan dan melebarkan skor dengan enam pukulan selepas membenam birdie di dua lubang awal.

DeChambeau selepas itu terpkasa berpuas hati dengan bogey di lubang ketiga dan sembilan dan diekor rapat pencabar Aaron Wise dengan perbezaan dua pukulan yang telah mencetak 14 di bawah par selepas mengharungi 14 lubang.

DeChambeau mencatat par di baki lima lubang termasuk lubang terkhir selepas pukulan awal tersasar ke arah penonton.

"Saya mempunyai misi. Dua misi iaitu Ryder Cup dan memenangi FedEx Cup,” katanya yang membawa pulang hadiah AS$1.62 juta menjadikan setakat ini pendapatannya sebanyak AS$6.25 juta. - AFP