Day mengumpul 203 pukulan, 10 di bawah par secara ke­seluruhan selepas aksi 54 lubang dalam aksi yang berlangsung di lapangan Quail Hollow, Carolina Utara.

“Sekiranya saya boleh melakukan pukulan ke arah green dengan lebih dekat, sudah pasti saya boleh melakukan putt dengan lebih mudah,” kata Day.

Nick Watney berada di kedudukan kedua dengan mengumpul 205 pukulan, lapan di bawah par secara keseluruhan manakala Paul Casey, Aaron Wise, Bryson DeChambeau and Peter Uihlein berkongsi kedudukan ketiga dengan catatan 206 pukulan, tujuh di bawah par.

Day yang dijangka mendapat anak ketiganya pada November ini meraih kejuaraan pertamanya tahun ini di Farmers Insurance Opens di Torrey Pine.

“Saya bergelut di lapan lubang pertama namun berjaya melakukan birdie di lubang kesembilan.

“Saya perlu bersabar,” kata Day yang turut meraikan birdie di lubang ke-10, 12, 14 dan 15. – AFP