Nicholas, 28, akan memulakan aksi esok pada pukul 1 petang dengan keadaan cuaca mungkin mencecah 40 darjah celcius.

Kata Nicholas, dia sudah banyak beraksi dalam pelbagai jenis keadaan di lapangan di Saujana Golf & Country Club termasuk ketika panas terik.

“Saya jangka aksi dalam panas terik akan menjadi cabaran buat semua pemain dalam masa sama ia mungkin menjadi kelebihan besar buat saya di sini.

“Dalam kejohanan kali ini saya tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik namun sekadar berharap dapat melakukan yang terbaik daripada aksi 2016.

“Saya mahu turun bermain dan menikmati setiap pukulan saya,” kata Nicholas dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada 2016 Nicholas menamatkan aksi kejohanan yang berlangsung di Kelab Golf DiRaja Selangor di tempat ke-24 keseluruhan.

Kejohanan kali ini menawarkan hadiah keseluruhan AS$3 juta (RM12.24 juta) dengan tumpuan pasti terarah kepada penyandang juara musim lalu yang juga pemain sensasi India, Shubhankar Sharma. - UTUSAN ONLINE