Cauley, yang memburu kemenangan pertamanya dalam Jelajah Amerika Syarikat (AS), tersasar di lapan daripada 18 green tetapi setiap kali itu dia berjaya pulih untuk mencatat par.

Dia melakukan enam birdie dan 12 par dalam cuaca berangin untuk menamatkan persaingan hari ini dengan terikat bersama rakan senegara dari AS, Tony Finau apabila masing-masing mengumpul 136 pukulan, lapan di bawah par di TPC San Antonio. Finau melakukan 65, tujuh di bawah par hari ini.

“Cuaca berangin hari ini, jadi keadaan memang sukar. Saya tahu saya akan tersasar di beberapa green. Tetapi kebanyakannya saya berjaya meletakkan bola di tempat yang betul dan mengurangkan beberapa pukulan di situ,” kata Cauley.

Ini merupakan kali ke-108 Cauley menyertai Jelajah AS tanpa kemenangan dan kali pertama dalam kariernya dia menjadi pendahulu bersama selepas tamat 36 lubang.

Prestasi Finau pula turun naik hari ini dengan melakukan lapan birdie, satu eagle dan tiga bogey.

Cameron Smith (65), Bob Estes (69), Kevin Chappell (68) dan Robby Shelton (69) berada satu pukulan di belakang dua pendahulu itu dan terikat di tempat ketiga dengan 137 pukulan.

John Huh (71), Kevin Tway (68) dan Jonathan Randolph (70) pula berada satu pukulan lagi di belakang. – AFP