Bjerregaard yang memberikan saingan kepada penyandang juara Tyrrell Hatton selepas pusingan ketiga menafikan hasrat pemain dari England itu untuk merangkul gelaran kejohanan buat kali ketiga.

“Saya sedikit beremosi ketika meraih kemenangan ini.

“Ini adalah tahun yang baik buat saya malah prestasi saya juga semakin baik,” kata Bjerregaard yang menamatkan kejohanan dengan catatan keseluruhan 273 pukulan 15 di bawah par.

Selaku pemenang Bjerregaard membawa pulang wang tunai 695,760 euro (RM4.77 juta). - REUTERS