Pemain kelahiran Sabah itu mencatatkan par 72 dalam aksi terakhir yang berlangsung di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini untuk berada di kedudukan ke-55 dengan beberapa pemain masih meneruskan permainan.

Keputusan itu menyaksikan dia berada di kedudukan lebih baik berbanding juara tahun lalu, Pat Perez yang menamatkan saingan dengan catatan 74 pukulan, dua di atas par untuk mengumpul 284 pukulan, empat di bawah par secara keseluruhan.

Sementara itu, perebutan kejuaraan kejohanan bernilai AS$7 juta (RM29.06 juta) itu masih terbuka buat empat pemain termasuk pendahulu semasa, Marc Leishman dengan catatan 25 di bawah par diikuti Gary Woodland (-22), Emiliano Grillo dan S. Shubankar yang masing-masing meraih catatan 21 di bawah par dengan berbaki tujuh lubang untuk ditamatkan. - UTUSAN ONLINE