Memulakan kebangkitan di lubang ke-10, pemain berusia 32 tahun itu menamatkan persaingan dengan catatan 68 pukulan selepas melakukan lapan birdie, dua bogey dan satu double bogey untuk ber­ada lima pukulan di belakang pendahulu Bronson Burgoon.

Katanya, dia memulakan aksi dengan kurang baik tetapi berjaya bangkit untuk meraih keputusan baik selain mengakui keadaan lapangan tidak banyak beza kecuali penggunaan rumput baharu tetapi keadaan permukaan green sama seperti sebelum ini.

Dia juga tidak mahu bermain dengan agresif kerana kejohanan itu tiada had kelayakan untuk aksi hujung minggu.

“Saya sangat berpuas hati ke­rana saya menamatkan persa­ingan dengan keputusan yang baik meskipun bermula buruk.

“Selepas ini saya akan terus bersabar semasa beraksi, lakukan pukulan dengan baik untuk catatan par dan jika ada peluang untuk birdie, saya akan memanfaatkannya," katanya.