Atthaya Thitikul yang ber­usia 14 tahun, empat bulan dan 19 hari merangkul kemenangan menerusi kelebihan dua pukulan dalam Kejohanan Wanita Eropah Thailand di Phoenix Country Club, Pattaya.

Bintang golf New Zealand, Ko sebelum ini memegang rekod selaku pemain termuda yang memenangi Jelajah Wanita Eropah selepas menjuarai Terbuka New Zealand 2013 ketika berusia 15 tahun, sembilan bulan dan 17 hari.

Ko kemudian berjaya menjadi pemain No. 1 dunia sehinggalah posisinya itu diambil alih oleh Ariya Jutanugarn dari Thailand bulan lalu.

Thitikul berkata, kedinya ba­nyak membantu dia kekal tenang sepanjang pusingan a­khir Ahad lalu.

“Saya sangat gembira dan berbangga dengan diri saya. Saya tidak kelihatan gementar tetapi pada hakikatnya saya memang agak gugup terutama ketika hendak melakukan tee dan di lubang pertama.

“Keluarga saya tidak bermain golf. Sewaktu saya masih kanak-kanak iaitu ketika berusia enam tahun, ayah menyuruh saya terlibat dalam bidang sukan dan dia menawarkan saya sama ada bermain tenis atau golf.

“Apabila saya menonton permainan golf di televisyen, saya terus sukakan sukan ini,” kata Atthaya yang dipetik kenyata­annya menerusi laman web Jelajah Wanita Eropah selepas menamatkan permainan de­ngan 283 pukulan, lima di bawah par. – REUTERS