Dalam saingan yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club itu menyaksikan tiga kemenangan penuh pasukan Asia diraih menerusi gandingan Gavin Green-Yuta Ikeda, Hideto Tanihara-Phachara Khongwatmai dan Poom Saksansin-Sunghoon Kang.

Sementara mata separuh pasukan Asia diperoleh menerusi Haotang Li-Nicholas Fung. - UTUSAN ONLINE