Nor Harith menerima anugerah ini berdasarkan kepada kecemerlangannya dalam sukan golf sehingga mengharumkan nama negara di persada dunia.

NOR HARITH NOR HADI bersama Anugerah Putra Sukan yang dimenanginya
NOR HARITH NOR HADI bersama Anugerah Putra Sukan yang dimenanginya 

Pada tahun ini sahaja, pemain golf remaja kelahiran Muar ini sudah memenangi beberapa kejohanan dunia antaranya Enagic Junior Championship di Jepun, Juara Hawk Open di San Diego, USA dan APGC Junior Championship di Hong Kong.

Berdasarkan kepada prestasi cemerlang ini juga Nor Harith berjaya mengisi slot mewakili Premier Golf Academy dalam kejohanan Aaron Baddeley International Junior Championship di La Costa, California, USA pada 27 November hingga 7 Disember depan.

Bagaimanapun, Nor Harith yang masih menuntut di Sekolah Tinggi Muar ini memerlukan bantuan kewangan untuk membolehkannya menyertai kejohanan golf di sana, sekali gus mengharumkan nama negara di persada dunia.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi bapa kepada Nor Harith, Nor Hadi Hashim di talian 019-6287555 atau bapa saudaranya, Nor Haili Hashim, 019-2345555.