Kejohanan kali ini menawarkan hadiah keseluruhan AS$3 juta (RM12.24 juta) yang menyaksikan penyertaan 156 pemain Jelajah Asia dan Eropah bermula esok hingga 24 Mac ini di Kelab Golf & Country Saujana.

Kata Gavin, 26, berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan berhubung prestasinya ketika ini kerana yakin semua ada naik dan turun.

“Saya akui prestasi kadang-kala tidak menentu namun bagi saya semuanya masih berada di landasan terbaik.

“Beraksi semula dalam Kejohanan Maybank 2019 di laman sendiri adalah sesuatu yang mengujakan.

“Bagaimanapun saya terpaksa akui apabila bermain di hadapan terlalu ramai penyokong anda kadang-kala ia menyukarkan,” kata Gavin dalam sidang akhbar pra Kejohanan Maybank 2019, di Saujana Golf & Country Club, hari ini.

Gavin lebih banyak mencipta nama pada 2017 yang menyaksikan dia muncul sebagai pemain Malaysia pertama meraih Asian Tour Order of Merit namun pada 2018 tidak banyak kejayaan besar dicapai pemain itu.

Pada musim lepas Gavin menamatkan aksi Kejohanan Maybank di tempat ke-39. - UTUSAN ONLINE