Kejohanan itu bertujuan mengeratkan hubungan antara kakitangan Kumpulan UDA Holding Berhad dengan pihak media dan juga rakan-rakan perniagan termasuk dari agensi-agensi kerajaan.

Pertandingan yang diadakan menggunakan format ‘Stableford System 36’ bagaimana terpaksa dihentikan akibat hujan lebat dan petir yang menghalang kejohanan diteruskan.

Pemenang kejohanan ditentukan dengan kiraan enam lubang terbaik selepas semua pemain sempat menghabiskan sembilan lubang daripada 18 lubang.

Pengerusi UDA Holding Berhad, Datuk Seri Dr. Mohd. Shafei Abdullah; Pengarah Urusan Kumpulan UDA, Datuk Ahmad Abu Bakar dan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas antara yang turut serta memeriahkan kejohanan tersebut. - UTUSAN ONLINE