Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

4 pemain kongsi kedudukan pendahulu di Hawaii

Pemain golf Amerika Syarikat (AS) Michelle Wie memulakan saingan
Pemain golf Amerika Syarikat (AS) Michelle Wie memulakan saingan hari pertama Kejohanan LPGA Lotte yang berlangsung di Ko Olina Golf Club, Hawaii dengan catatan 71 pukulan.

KAPOLEI, Hawaii 13 April - Lizette Salas, Su-Yeon Jang, Beth Allen dan Eun-Hee Ji berkongsi kedudukan pendahulu dengan catatan 67 pukulan, lima di bawah par pada pertengahan pusingan pertama Kejohanan LPGA Lotte.

Stacy Lewis dan Bercky Morgan berkongsi kedudukan kelima dengan catatan 68 pukulan dalam aksi yang berlangsung di Ko Olina Golf Club.

Salas yang pernah beraksi bersama skuad Amerika Syarikat (AS) di Piala Solheim pernah merekodkan catatan 62 pukulan di pusingan terakhir kejohanan sama pada 2013 sebelum tewas di pusingan playoff kepada Suzann Pettersen.

Allen menjadi pemain AS pertama meraih Order of Merit Jelajah Wanita Eropah pada tahun lalu manakala Michelle Wie yang juaga juara edisi 2014 merekodkan 72 pukulan pada hari pertama.

Tiga pemain utama dunia, Lydia Ko dan juara Kejohanan ANA Inspiration, So Yeon Ryu dan Ariya Jutanugarn dari Thailand akan memulakan aksi bersama di sebelah petang.-AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain