Pengarah kejohanan, Mohd. Norisham Nasim berkata, pertandingan itu diadakan dalam empat kategori iaitu A, B, kenamaan penting (VVIP) dan wanita.


“Juara keseluruhan dimenangi oleh Hisham Abdullah yang mengumpul 40 mata manakala juara kategori gross dimenangi Mohd. Faizal Hussin (74 mata).


“Sempena kejohanan itu, turut diadakan kutipan untuk tabung Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Pahang (Teratai),” katanya di sini hari ini.


Mohd. Norisham berkata, duit yang diperoleh menerusi kutipan tabung berkenaan akan didermakan kepada badan-badan amal di negeri ini. -UTUSAN ONLINE