Dianggap sebagai jaguh generasi baharu yang semakin menyinar selepas era Tiger Woods, Dustin Johnson dan Rory McIlroy, Koepka, 27, menang dengan kelebihan empat pukulan selepas mencatat lima bawah par 67 pada saingan hari terakhir untuk mengumpul 16 bawah par 272 keseluruhan.

Tempat kedua dimenangi rakan senegara, Brian Harman manakala tempat ketiga adalah pemain Jepun, Hideki Matsuyama yang terlepas peluang terbaik untuk menjadi pemain Asia pertama muncul juara di kejohanan berprestij ini. - Reuters